follow
The second of me tumbuh tanduk.



HAHA... *kepala dah start tumbuh tanduk* Eherm. The second of me is blogging right know. Aku yang first of me tak boleh buat apa-apa laa yea. Sorry sebab tak dapat tahan perilaku pelik aku yang kedua ;)

Okay people. Kenapa suddenly nie? Ahha... Mana ade suddenly. Memang dah lama aku terpikir benda nie. Just tak tahu nak tulis macam mana je. Sekarang idea dah datang, aku tulis je laa apa conclusion yang aku dapat.

1. Lelaki memang cetek akal.
Aku tak faham ler. Setengah lelaki yang couple" nie kan, senang sangat kena QUEEN CONTROL. Mangai. Tuu baru couple tuu, kalau dah kawen? Tak tahu laa aku... Daa? Rendah sangat ke darjat kau tuu sampai perempuan pun boleh take control of you? Ada akal fikir laa sikit wey... Sampaikan awek kentut pun boleh puji bau dia wangi! Pening-pening.. Sampai sanggup jadi tunggul dalam kelas tuu takut awek dia marah sebab nanti menarik perhatian perempuan lain! Ahhaa... Bagus bagus, laki pompuan sama bengong laa gitu -.-

2. Lelaki senang sungguh mengalirkan air mata sebab perempuan.
Ohh sheesh! Tolong ah. Buat malu kaum adam je. Rahang bawah aku boleh jatuh sampai cecah ke lantai tau setiap kali aku dengar citer lelaki menangis lepas break up dengan awek. Ahha.. Memang laa lawak tahap antarabangsa punya! Kalau sebab mak kau meninggal ke, itu aku tader ah nak pelik sangat. Ni setakat sebab break up je? Ahha.. Tolong laa jangan buat aku masuk wad sebab terlebih gelak. Ingat, setakat hubungan haram tuu, takan kekal mana laa wey.

3. Lelaki memang menyakitkan hati.
Sumpah tak tipu. Kadakng-kadang rasa nak sumbat je bahan chemical dalam mulut diorang nie. Bila perempuan kasar sikit mula ah cakap ayat sarkastik yang tak lawak tuu :"Cuba berlembut sikit. Korang nie tak gaya macam perempuan langsung la..." Daa? Dah korang yang start buat lawak yang tak lawak, takan kitaorang nak diam jadi tunggul kat tepi kolam tuu je? Dah laa ayat korang tuu kekadang macam @#$%&^ sikit. Okay laa. Banyak.

4. Lelaki banyak songeh.
Ahha.. Kalau dulu conclusion yang aku buat is : Lelaki memang simple tahap langit. Tapi sekarang nie.. Hee. Cerewet mengalahkan perempuan! Err.. Ke kawan-kawan lelaki aku je yang begitu-begini?

5. Lelaki tak romantik!
"Sumpah saya sayang awak sepenuh hati raga jiwa saya. Saya janji akan setia kepada awak seorang je. Saya janji akan cintai awak sampai laa degupan jantung saya yang terakhir. Saya janji bla.. bla.. bla.." Janji. Janji. Janji. Janji. Ahha... Lawak ah. Setakat hubungan haram yang kau janjikan tuu takan sampai ke mana nye laa. Tak payah laa wat lawak antarabangsa kat sini. Ko kata tuu romantik? HAHA! Buat aku gelak guling-guling je laa. Ayat kau tuu dah macam ayat mat bunga tahu? Hee.. Apa barang bagi ayat jiwang karat terlebih oksida nie? Okay laa. Aku fikir macam nie : Lelaki + ayat cintancintun + hubungan tak sah (couple) = LELAKI TAK BERTANGGUNGJAWAB + MAT BUNGA + LELAKI JIWANG KARAT TERLEBIH OKSIDA.
Lelaki + ayat cintancintun + hubungan yang sah = LELAKI ROMANTIK + LELAKI BERTANGGUNGJAWAB + LELAKI DAEBAK.

Ahha.. Kenapa berkait dengan perkataan BERTANGGUNG JAWAB pulak? Okay. Look. Kau sebagai ANAK, sebagai STUDENT, sebagai HAMBA ALLAH laa kan, tanggungjawab kau dah selesai ke? Nope right? Heh. Nak jaga mak bapak sendiri pun payah, nie kan pulok nak berjanji akan jaga hati jiwa raga jantung paru-paru awek kau tuu? Ahha.. Gelak dek orang je laa.

See? Betul tak apa yang aku tulis? Betul kan? Kan kan? Ehhe.. Aku bukan nye Anti-Lelaki. Nope. Aku normal kay. Walaupun istilah 'normal' tuu jarang ada dalam diri aku. Walaupun dulu... Err never mind. Well, perempuan pun 2x5 je. Tapi... Ahha. Sebab apa aku tulis entri ni, biar jela aku sorang je yang tahu sebab-sebabnya.

Well guys, hey chill kay? Korang kutok perempuan aku senyap je. Sekarang aku nak smash balik kat korang taper eyy? ;)

Yang aku tahu, lelaki memang tak boleh dipercayai dalam relationship, but very valueable dalam frienship. Take it as compliment alright? Aku serius. Dalam friendship, aku memang laa tabik spring habis lelaki, tapi bab relationship tuu.. Ahha... buat aku sakit perot akibat gelak terlalu lama aje laa..

So conclusion is? Erm, BOY IS STUPID, SO LETS THORW ROCK AT THEM ;) Don't mad, tapi inilah the second of me. Kalau anda fikir anda kenal habis diri saya, maka anda telah silap. Sebab orang yang anda kenal adalah saya yang pertama. Saya yang kedua? Hanya saya dan DIA sahaja yang tahu ;)




Pssttt... The first me say: I LOVE YOU. But sorry yea, sedikit sebanyak saya yang pertama dah terpengaruh dengan saya yang kedua. So, GOODBYE LOVE.


-TheEnd.

0 Comments:

Post a Comment



<< home ♥

Older Post | Newer Post