Nak berhikayat sekejap.
Tangan Addin ligat memusing pensil mekanikalnya gaya heli 360 degree. Telinganya berdentum dengan lagu Jesse McCartney- It's Over yang diulangnya dekat 88 kali. Buku Biologi terbentang luas di hadapan matanya, namun hati dan jiwanya telah melayang ke tempat lain. Otaknya teringat kembali apa yang berlaku di sekolah pagi tadi.
"Haihhh." Hanya keluhan berat yang mampu Addin luahkan. Ternyata dia terpempam teramat sangat. Bukannya dia tidak tahu. Tahuu sangat tentang perkara itu. Addin kemudiannya tersenyum pahit. Kecewa dengan diri. Hati terluka namun dia tetap senyum. Dia tidak mahu meluahkan apa yang dia rasa kepada sesiapa pun. Termasuklah Fisha. Rasa nak menangis namun dirasakan diri sangat lemah kalau berbuat demikian.
Tiba-tiba matanya terpandang kepada status yang dipostkan oleh Hlovate,
"And that it is He (Allah) Who makes (whom He wills) laugh, and makes (whom He wills) cry. [53:43] - Whatever happens,Allah knows,and He does understand."
True. The best solution: Loving Allah, get to know Allah, understanding Allah, believe everything that happend are all under His will cause He was the one who understand everything.
Air mata mengalir, Addin kembali tersenyum. "Ya Allah ya Tuhanku, Kau pimpin lah daku ke jalan yang benar, Kau tabahkan lah hatiku dalam meniti ujianmu, Kau kuatkanlah hatiku untuk sentiasa mencintaiMu lebih dari makhlukMu ya Allah..."
Manusia selalu meluahkan perasaannya kepada manusia lain. Yang paling teruk, ada yang pendam perasaannya hingga jiwanya semakin berkecamuk. Namun, mereka langsung tidak cuba untuk meluahkan kepada Tuhan Yang Maha Esa. Allah sentiasa ada di sisi kita, menyayangi kita. Dia lebih mengetahui segala apa yang berlaku. Namun, mengapakah kita tidak pernah menghiraukan Dia? Remember, sekental mana pun kita, sebaik mana pun kawan kita, Allah is the best ;)
-TheEnd.
0 Comments:
Post a Comment
<< home ♥