I Knew It!
Assalamualaikum haa jawab jawab!
Mwehehe. Dah dengar lagu BEAST- I Knew It tuu? Belum? Rugi mehhh. Sodap seyh. Kalah Mee Sedap nuhh. Haa, sempena keluarnya lagu tuu, aku nak bercerita sikit regarding dengan lagu tuu. Sebab pertama kali aku dengar lagu nie aku terus terbayang-bayang cerita nie. Mehh sini tok citer, bukak mata tutup mulut nanti lalat masuk.
Al-kisah, pada zaman Hang Tuah, ada seorang jejaka bernama Amir. Jejaka ini sungguh cerdik mantop ah! Cerdik, karisma abis, senyum mencairkan, baik (kot) and so on. Dia mempunyai seorang kekasih (tak tao laa pula kot dia ade lagi 2, 3 kekasih yang lain.tp rasenye tader kot) yang bernama Aisyah. Aisyah nie boleh tahan gak laa. Lawa tuu lawa laa jugak, cerdik pun cerdik ah gak, anak orang kaya ohh.
Amir nie bukan main lagi begitu sayang kepada si Aisyah, begitu juga si Aisyah begitu sayang kepada Amir. Tidak berapa lama kemudian, Aisyah telah berkenalan dengan seorang jejaka yang bernama Ikhwan. Ikhwan pula agak berlainan sedikit dengan Amir. Ikhwan ni um, ade laa gaya macam playboy sikit, serabai, kuat main, namun tetap cerdik. Walaupun Ikhwan tahu bahawa Aisyah mempunyai teman lelaki, dan walaupun Aisyah mengetahui bahawa dirinya mempunyai seorang teman lelaki, namun Ikhwan dan Aisyah tidak dapat menipu diri sendiri bahawa mereka menyukai antara satu sama lain.
Mereka pun jadilah pasangan kekasih. Aisyah kemudiannya memberitahu kepada Amir bahawa dia meminta maaf kerana telah berpasangan dengan Ikhwan. Hati Amir hancur berkecai. Tidak sangka bahawa Aisyah sanggup berbuat begitu kepadanya. Namun Amir tetap tabah. Merelakan Aisyah pergi. Dia sudah pun mengetahui something isn't right, namun dia tetap menepis segala hal yang berlegar di fikirannya.
6 bulan berlalu. Aisyah kemudiannya berkenalan dengan Afik. Afik konfes kepadanya bahawa dia menyukai Aisyah. Aisyah tersentak namun dia kemudian realise benda yang sama, bahawa dia pun mula menyukai Afif.
Okay sorry citer aku kurang menarik, tapi you see it? Walaupun sebanyak mana pun lafaz taat setia dan cinta Aisyah kepada Amir, last-last dia pergi ke Ikhwan. Sama juga, walaupun Aisyah bukan main lagi melafazkan ungkapan cinta kepada Ikhwan, namun benda yang berlaku kepada Amir akan berulang juga.
Conclusion : Amir dengan Ikhwan memang laa bodoh. Hidup-hidup kena tipu dengan Aisyah yang tidak tetap pendirian. Heh.
So, mungkin lagu 'I Knew It' nie laa yang Amir dengan Ikhwan fikirkan apabila ditinggalkan oleh Aisyah.
Err korang faham ke ape yang aku nak citer nie? Tak? Okay fine aku tao BM aku terok. Kbaii.
-TheEnd.
0 Comments:
Post a Comment
<< home ♥