Terima Kasih . ( de 1st blog entri aq yg skema abis )
Terima Kasih .
Kepada engkau yang sudi melayan aku yang selalu terputus fius .
Terima Kasih .
Kepada engkau yang sanggup lagi menjadi teman aku walau pun aku nie emo orangnya .
Terima Kasih .
Kepada engkau yang sudi berkawan dengan aku walau pun aku selalu mengata kau gemuk .
( Heh . Kira fair and square laa kan sebab kau kata aku busuk . -,- )
Terima Kasih .
Kepada engkau yang sudi berkawan dengan aku walau pun aku tak sepandai mana .
Terima Kasih .
Sebab bagi aku kata semangat menghadapi ujian hidup yang begitu mencabar ini . :]
Sesungguhnya ,
perkataan TERIMA KASIH ini tidak dibuat-buat .
Dan sememangnya ,
ungkapan TERIMA KASIH ini memang ikhlas lahir daripada hati aku yang gelap-gulita ini .
Aku mahu engkau tahu bahawa ,
aku tetap berada di sisi engkau walau pun ujian melanda engkau seperti angin ribut taufan tsunami banjir gemapa bumi gunung berapi meletus . Insya-Allah jika aku ada kekuatan , aku tetap bersama engkau , membantu engkau sekadar yang mampu .
Tidak dapat ku nafikan bahawa sebenarnya di sudut hati ku ini ,
terdapat sedikit rasa kekecewaan atas apa yang sudah engkau buat .
Tapi aku percaya ,
setiap orang berhak diberi peluang yang kedua .
Dan aku pasti ,
bahawa engkau dapat berubah untk menjadi lebih baik .
Aku percaya dengan itu .
Oleh sebab itu ,
aku tetap berkawan dengan engkau walau pun ,
sudah beberapa orang risau aku berbuat demikian .
aku tak kisah dengan pandangan orang lain terhadap engkau .
Sebab aku dah lali ,
lali dengan perangai manusia ,
yang hanya nampak kesalahan dan kesilapan masa lampau orang lain ,
tetapi mereka tak nampak dengan perubahan yang ingin kau lakukan .
Segala ujian yang engkau tempuhi ,
aku tahu ia amat berat ,
tapi engkau tetap tempuh nya dengan tenang ,
walau pun air mata sudah meleleh beberapa kali , engkau tetap kuat .
Aku pasti ,
dan amat pasti ,
bahawa Tuhan hanya mahu memberi pengajaran kepada engkau ,
kerana Dia amat menyayangi engkau .
Dia hanya mahu engkau sedar dan kembali ke jalan yang benar .
Dan disebabkan itu ,
aku percaya ,
yang engkau tidak akan menghampakan aku ,
dan terus membuktikan kepada orang lain yang memandang rendah dengan dirimu ,
bahawa engkau sememangnya sudah berubah dan berusaha untuk menjadi yang terbaik .
Terima Kasih . Aku ucapkan sekali lagi . Kepada engkau yang banyak memberi semangat buat aku . Bersama-samalah kita menempuhi ujian yang tak pernah putus ini okie ? :]
2 Comments:
weh ape kejadahnye nak bt ak meleleh air mate lg nie...
nie nak nanges nie...
:'(((((
but thankss...
bkn stakat org je kecewa ngn mnde ak dh bt tu...
yg plg kecewa ngn mnda tu ak sndr weh....
ak pon xtau ape laa nak jd ngn ak....
but...
thanksss sesgt nak kwn ngn ak balik...
thanksss
:D
wahaha ! XD
xde bende . sje bosan .
ttbe t'pkir pasal ko . :p
hah . okie laa beb . :DD
Post a Comment
<< home ♥